2. KECANTIKAN DALAMAN...: kecantikan dalaman yang dicari-cari oleh ramai lelaki. kecantikan luaran tidak dapat menggambarkan kecantikan dalaman. kecantikan luaran mungkin boleh dibuat-buat, tetapi kecantikan dalaman lahir dari hati suci seorang wanita. sangat beruntung si jejaka yang memperisterikan wanita ini..kalau ditambah pula kecantikan luaran, tu dah dikira sebagai BONUS...
3. MANJA...: memang lelaki berperanan sebagai pelindung, oleh itu..meraka suka wanita yang keanak-anakan.. wanita harus ada sedikit sifat manja dalam diri mereka, bukan untuk menggoda tetapi supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai seorang pelindung terhebat. harus diingat, sifat manja yang terlampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu kurang matang. jadi, berpada-pada lah dengan sifat manja..bersederhana sahaja...
4. PANDAI MENJAGA KECANTIKAN...: cantik itu sangat subjektif. ada lelaki berminat dengan paras rupa wanita yang putih, ada juga yang berminat dengan wanita yang hitam-hitam manis. jadi, apa-apa pun...wanita tetap cantik, yang perlu ditekankan bagaimana penjagaannya. wanita dan kecantikan memang susah nak dipisahkan. ada yang berkata, biarlah tidak secantik puteri tetapi kekemasan pun perlu dijaga. lelaki secara fitrahnya memang mahukan wanita yang pandai menjaga kecantikan, kerana ia akan membuat mereka bangga...
5. BERAKHLAK MULIA...: wanita yang berakhlak mulia dikenali juga sebagai wanita solehah. wanita adalah hiasan dunia, tetapi seindah hiasan adalah wanita solehah. wanita inilah yang akan menjadi seorang ibu, seorang isteri, seorang kekasih dan merupakan tunjang kejayaan suami. memang lelaki akan mencari wanita ini untuk dijadikan isteri dan sebagai ibu kepada zuriat-zuriat mereka...
6. MEMAHAMI PERASAAN LELAKI...: wanita yang memahami hati lelaki biasanya mempunyai intuisi yang cukup kuat. lelaki mengimpikan wanita yang mampu memahami situasinya dalam keadaan suka dan duka. pendek kata, tanpa perlu bersuara, dia itu sudah dapat membaca riak wajah suaminya. lantas, bertindak menghiburkan atau memberi kekuatan. ini semua akan menambah perasaan cinta di hati suami...
7. SEJUK MATA MEMANDANG...: wanita yang manis wajahnya dan sejuk dipandang mata akan mendamaikan perasaan seseorang terutamanya si lelaki. sebagai contoh, pandai beramah mesra terutamanya bila bersama bakal mertua...pakej ini juga sangat penting. ini kerana, sebuah ikatan perkahwinan itu untuk mengeratkan hubungan dua keluarga... sangat manis jika wanita pandai beramah mesra...
8. TIDAK TERLALU CEMBURU...: lelaki tidak meminati perempuan yang mempunyai perasaan camburu yang terlampau. mereka mungkin akan terasa tidak bebas dan hidup terkongkong. jadi, wanita harus lebih kepada sifat sabar. jangan berfikiran negatif tentang sesuatu.... kesabaran itu sangat penting...
Janganlah mencari yang terlalu sempurna, jangan berharap kepada apa yang diingini jika diri sendiri tidak berubah kearah itu.
0 comments:
Post a Comment