Ah!Renungan - Islam Itu Indah, Alpa Itu Padah

Segala artikel mengenai segalanya samada berkaitan dunia dan akhirat untuk dijadikan renungan. Senoga bermanfaat untuk semua



Showing posts with label Renungan Islam. Show all posts
Showing posts with label Renungan Islam. Show all posts

Kencing berdiri, boleh ke?

Salam sahabat sekalian.
Apa hukum kencing berdiri?adakah berdosa?

Tidak dibolehkan kencing berdiri, kerana ia bercanggah dengan sopan dan etika yang mulia, di samping mengelakkan diri daripada percikannya. Namun jika diyakini air kencing itu tidak memercik dan dapat dipastikan tidak akan terkena dirinya, maka tidak menjadi halangan baginya untuk kencing berdiri. Tetapi jika difikirkan agak mustahil untuk kencing secara berdiri tetapi tidak terkena percikan. 


Diriwayatkan dari Huzaifah ra yang menceritakan :

“Suatu ketika Nabi SAW singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, beliau membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi beliau malah berkata : Mendekatlah ke mari Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khufnya.” (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



Hadis di atas ini adalah untuk menunjukkan bahawa harus kencing sambil berdiri. Tetapi ia bukan untuk menunjukkan kebiasaan Rasulullah SAW kencing sambil berdiri. Kebiasaan Rasulullah ialah kencing secara duduk.

Ada sebahagian ulamak mengatakan bahawa hukum kencing berdiri adalah makruh kecuali jika ada sebarang keuzuran. Menurut mereka perbuatan Nabi kencing berdiri adalah kerana ada keuzuran bagi baginda, kemungkinan susah bagi baginda untuk duduk pada ketika itu memandangkan tempat itu ialah tempat pembuangan sampah atau mungkin juga baginda mengalami sakit tulang belakang. Menurut Imam Syafie orang Arab jika mereka mengalami sakit belakang, mereka akan kencing berdiri. 

Mengikut pandangan Imam An-Nawawi, kencing duduk adalah sebaiknya, namun kencing berdiri juga dibolehkan. 


Berdasarkan rumusan dari Ustaz Nor Amin dan dari ceramah Uztaz Azhar Idrus, boleh dirumuskan hukumnya adalah harus jika orang tersebut mengalami kesukaran untuk kencing duduk. Manakala hukum makruh pula jika orang tersebut melakukan kencing berdiri dengan sengaja dan ia tidak mengalami apa-apa kesukaran dan musibah. Namun yang terbaik ialah kencing sambil duduk. 

Ini ditegaskan oleh Imam Ibnu al-Munzir :
“Kencing sambil duduk lebih aku sukai. Namun kencing berdiri hukumnya adalah harus. Kedua-duanya ada dalil dari Nabi SAW”.

* Makruh adalah suatu perkara yang dianjurkan untuk tidak dilakukan akan tetapi jika dilakukan tidak berdosa dan jika ditinggalkan akan mendapat pahala dari Allah SWT. Wallahualam...

Keadaan Selepas Dihidupkan Kembali


✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."



KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepad Jibrail.

With or Without?

Hakikat Sehelai Tudung


Kisah yang akan diceritakan selepas ini mungkin hanya cerita dongengan bagi sesetengah insan, namun bagi sesetengah insan lain yang ingin mencari Islam sebenar, kisah yang akan diceritakan selepas ini Insya’Allah akan memberi sedikit inspirasi kepada mereka untuk membentuk diri dan juga keluarga kita agar melaksanakan satu perintah besar daripada Al-Khaliq berkenaan penjagaan aurat khususnya untuk muslimah sekalian dengan sempurna.
Kisah ini diceritakan daripada seorang sahabat.
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Aliya(bukan nama sebenar), seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran.

Bukti Allah Memang Wujud

Ada seorang lelaki pergi ke kedai gunting rambut utk menggunting rambut dan janggutnya. apabila barber itu memulakan tugasnya, mereka pun berborak dan bercakap mengenai byk perkara.tapi bila mereka mula
berbicara mengenai Allah, barber itu pun berkata,” saya tak percaya Allah itu wujud.”

”kenapa kamu kata begitu?” tanya si lelaki tadi.

” cuba kamu keluar di tgh jln itu dan tunjukkan pd saya bahawa Allah itu wujud. kalau betul Allah wujud, kenapa ramai sgt org sakit kat luar tu?kenapa masih ada kanak2 yg terbiar? kalau betul Allah wujud, dah tentu tiada kesakitan dan keperitan hidup dlm dunia ni. saya tak dpt bayangkan Allah yg maha penyayang boleh membenarkan semua ini berlaku”.
si lelaki itu pun berfikir sejenak. tapi dia tidak memberi sebarang jawapan kerana tidak mahu memulakan pertengkaran. selepas barber itu menghabiskan tugasnya, si lelaki tadi pun pergi.

selepas beberapa langkah,si lelaki tadi ternampak seorg lelaki berambut panjang, selekeh, kotor dan janggut tidak terurus. si lelaki tadi pun berpatah balik dan pergi semula ke kedai gunting rambut tadi dan berkata,” kamu tahu tak yg sbnrnye barber jgk tidak wujud?”

”kenapa kamu kata mcm tu? sedangkan saya baru saje gunting rambut kamu tadi”..kata barber.

”tidak!” kata si lelaki tadi.”kalau barber wujud, dah tentu tidak ada org yg berambut panjang tidak terurus dan kotor serta janggut yg panjang dan kotor mcm lelaki di tepi jalan itu”.

”ah! barber memang wujud! lelaki tu jadi mcm tu sbb dia tidak dtg pada saya utk menggunting rambutnye!” kata barber.

”tepat sekali!”. kata si lelaki tadi.

”that’s the point!. Allah jugak wujud. itulah yg terjadi (keperitan & penderitaan) jika manusia tidak mengingatinya dan kembali padanya utk memohon pertolongan. ”

Dosa Bangun Subuh


Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.
Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.

Dosa masing-masing, fikirnya. Cukup dua rakaat Subuh dikerjakan berserta doa, dia lega kerana tuntutan di awal pagi telah ditunaikan. Bukan senang mahu bangun Subuh dan dia antara yang berjaya melawan godaan syaitan untuk terus nyenyak. Apa jadi dengan kawan-kawannya yang lain.
Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.
Bagi yang tidak solat kerana tidak sengaja untuk tidak bangun dari tidur akan terlepas dari dosa. Selepas berjaya menguatkan diri untuk bangun solat Subuh, perlulah kuatkan juga diri untuk mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi. Mereka juga tanggungjawab kita.
Berpesan kepada diri kami sendiri dan kepada semua semoga bersama - sama memperolehi sesuatu.

Jika Allah Itu Maha Penyayang, Kenapa Ciptakan Neraka?

السلام عليكم
بِسْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
الحمد لله رب العا لمين. الصلاة و السلام على رسو ل الله.اما بعد

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun
Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut/mendadak di tempat perniagaan dan kompleks jual beli-belah, untuk memastikan para pekerja di berkenaan/setempat menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan/aturan yang ditetapkan.

Lazimnya dlm setiap operasi sebegini,seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Jangan Kata Hukum Hudud Kejam!

Sapa kita untuk berkata hukum ini tidak sesuai digunakan? Untuk siapa hukum ini dicipta?

Hukum Kahwin Gantung


Nikah Gantung atau Nikah Khitbah




Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .