Ah!Renungan - Islam Itu Indah, Alpa Itu Padah

Segala artikel mengenai segalanya samada berkaitan dunia dan akhirat untuk dijadikan renungan. Senoga bermanfaat untuk semua



Wanita Idaman Lelaki

1. BERPEGANG KEPADA AGAMA...: wanita yang berpegang kepada agama mempunyai keperibadian yang unggul. wanita ini berpegang pada batas-batas pergaulan dan wanita ini memelihara diri mereka dari apa-apa yang akan mendatangkan keburukan keatas diri mereka. wanita ini juga berusaha sedaya upaya mengangkat martabat dirinya sebagai seorang yang layak dikagumi oleh lelaki. wanita ini tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariah Islam. Memang beruntung mana-mana lelaki yang beristeri dengan wanita sebegini yee....jadi, apa tunggu lagi...


2. KECANTIKAN DALAMAN...: kecantikan dalaman yang dicari-cari oleh ramai lelaki. kecantikan luaran tidak dapat menggambarkan kecantikan dalaman. kecantikan luaran mungkin boleh dibuat-buat, tetapi kecantikan dalaman lahir dari hati suci seorang wanita. sangat beruntung si jejaka yang memperisterikan wanita ini..kalau ditambah pula kecantikan luaran, tu dah dikira sebagai BONUS...


3. MANJA...: memang lelaki berperanan sebagai pelindung, oleh itu..meraka suka wanita yang keanak-anakan.. wanita harus ada sedikit sifat manja dalam diri mereka, bukan untuk menggoda tetapi supaya lelaki boleh memainkan peranan sebagai seorang pelindung terhebat. harus diingat, sifat manja yang terlampau tidak sesuai kerana ia akan menampakkan wanita itu kurang matang. jadi, berpada-pada lah dengan sifat manja..bersederhana sahaja...

3 Peringkat Cinta

Cinta adalah perasaan jiwa & tarikan hati. Ia adalah fitrah. Islam mengiktiraf fitrah ini & menggariskan 3 peringkat Cinta, iaitu:
Cinta AGUNG, Cinta PERTENGAHAN & Cinta HINA

“Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, – (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik” – (At-Taubah:24)


CINTA paling AGUNG sudah tentu Cinta kepada-Nya, Allah Ta’ala, Rasul & jihad di jalan-Nya. Tiada Cinta yang boleh menyamai kedudukan Cinta ini. Seterusnya, CINTA PERTENGAHAN ialah Cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang yang dikasihinya samada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. Manakala CINTA HINA pula ialah Cintakan taghut, syaitan musuh-musuh-Nya, hawa nafsu, syahwat & mengutamakan kasih terhadap ibubapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan & kasihkan negara melebihi kasih & cintakan Allah Ta’ala, Rasul & jihad di jalan-Nya.

10 Sifat Suami Yang Baik

Berikut disenaraikan di antara 10 sifat calon suami yang baik:

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.
2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.
3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.
4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.
6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.
7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.
8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.
9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.
10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Mukjizat di sebalik BISMILLAH

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."



KELEBIHAN-KELEBIHAN BISMILLAH

1.Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepad Jibrail.

Renungan Wanita Akhir Zaman

Ali r.a meriwayatkan sebagai berikut: 
saya bersama-sama fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah s.a.w, maka kami temui beliau dalam keadaan menangis. Kami bertanya kepada baginda: apakah yang menyebabkan engkau menangis wahai Rasulullah? 
Baginda menjawab: 
pada malam aku diisra’kan ke langit, aku melihat orang-orang yang mengalami penyeksaan, maka apabila aku teringat keadaan mereka, aku menangis.
Saya bertanya lagi: "wahai Rasulullah apakah yang engkau lihat? 
baginda bersabda: 

1. wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih 
2. wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya yang di cabut dari belakang, sedangkan tar mendidih dari neraka dituangkan ke dalam kerongkongnya 
3. wanita yang digantung dengan buah dadanya dari belakang badannya, sedang air getah kayu zakum dituangkan ke keronkongnya 
4. wanita yang digantung, diikat kedua kaki dan tangannya kearah umbun-unbun kepalanya, serta dibelit dibawah kekuasaan ular dank ala jengking