Ah!Renungan - Islam Itu Indah, Alpa Itu Padah

Segala artikel mengenai segalanya samada berkaitan dunia dan akhirat untuk dijadikan renungan. Senoga bermanfaat untuk semua



Dosa Bangun Subuh


Subuh ialah permulaan setiap hari. Hari-hari yang dilalui pasti mendapat keberkatan andai ia bermula dengan solat Subuh. Masalah mahu bangun bukan masalah yang tiada penyelesaian.
Ramai sahaja yang mampu gagah membuka mata, melangkah kaki mengambil wudhuk' dan mengerjakan solat Subuh, dalam waktunya. Namun dosa lain pula yang menjadi habuan. Kawan di katil sebelah masih berdengkur, sedikit pun tidak dia kejutkan. Kawan di bilik atas masih dibuai mimpi, sedikit pun tidak dia hiraukan.

Dosa masing-masing, fikirnya. Cukup dua rakaat Subuh dikerjakan berserta doa, dia lega kerana tuntutan di awal pagi telah ditunaikan. Bukan senang mahu bangun Subuh dan dia antara yang berjaya melawan godaan syaitan untuk terus nyenyak. Apa jadi dengan kawan-kawannya yang lain.
Bukankah tanggungjawab dia yang sedang berjaga untuk mengejutkan yang masih terlena. Jika kawan-kawannya memang tidak sengaja tidak bangun, dan dia pula sengaja tidak kejutkan, dosa itu akan tetap menjadi milik yang berjaya solat Subuh.
Bagi yang tidak solat kerana tidak sengaja untuk tidak bangun dari tidur akan terlepas dari dosa. Selepas berjaya menguatkan diri untuk bangun solat Subuh, perlulah kuatkan juga diri untuk mengejutkan mereka yang masih dibuai mimpi. Mereka juga tanggungjawab kita.
Berpesan kepada diri kami sendiri dan kepada semua semoga bersama - sama memperolehi sesuatu.

0 comments: